Sumbangan Anda... Kehidupan Senyuman Harapan Impian Mereka

Tukar Bahasa

Selamat Datang Ke Hear Me

Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia

Suara Didengari, Bicara Menyusuli

Tentang Hear Me

platform interaksi untuk ibubapa senasib

Ditubuhkan pada 23 Jun 2015 untuk golongan ibu bapa yang mempunyai anak yang didiagnos masalah pendengaran dan memakai alat bantu dengar (hearing aid), implan koklea (CI) dan Bone Conductor (BAHA).

yang ditawarkan

Perkhidmatan Utama Hear Me

Maklumat

Maklumat dan sokongan berdasarkan pengalaman sebenar

Kesedaran

Hear Me menjalankan
kempen kesedaran tentang
pendengaran

Terapi

Hear Me bertanggungjawab mengadakan aktiviti berkaitan terapi

Profesional

Berinteraksi secara terus dengan golongan profesional melalui program

Bantuan

Ahli dibantu dalam membiayai kos alat bantu pendengaran dengan hasil sumbangan orang ramai

Sokongan

Group sokongan melalui WhatsApp memudahkan ibu bapa berinteraksi

Visi hear me

Hak Kualiti Hidup

Memperjuangkan hak kualiti hidup anak-anak masalah pendengaran melalui pengukuhan kerjasama dengan golongan profesional dalam pelbagai bidang dan memperkasakan kesedaran masyarakat tentang isu masalah pendengaran

Misi hear me

Membina JARINGAN KERJASAMA antara ahli persatuan dengan golongan profesional melalui interaksi yang berteraskan perkongsian ilmu dan sokongan moral.

Memperjuangkan hak anak-anak masalah pendengaran agar mereka berpeluang untuk merasai KUALITI HIDUP seperti anak-anak normal.

Komited dalam mendidik dan MENYEBARKAN KESEDARAN kepada masyarakat dan golongan profesional tentang isu masalah pendengaran

aktiviti

Antara Aktiviti Ahli Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia

Menjadi Ahli Hear Me

Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia

Ahli Biasa

  • Yuran Kemasukkan RM10
  • Yuran Tahunan RM30 seorang / Yuran Seumur hidup RM200 (Ibu & bapa)

Ahli bersekutu

  • Yuran Kemasukkan RM10
  • Yuran Tahunan RM30 seorang / Yuran Seumur hidup RM200 (Ibu & bapa)
Aktiviti terkini

Program & Aktiviti Hear Me Terkini

Lawatan

PERJUMPAAN AHLI

BENGKEL

FUND RAISING

MASYARAKAT

INTERVIEW